OBJEKTIF
Memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.
- Pemohon mestilah pemastautin di negeri Pulau Pinang.
- Pendapatan isirumah RM3,000.00 dan ke bawah.
- Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi persekolahan.
- Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.
- Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bersekolah (tidak termasuk pra sekolah).
CARA PERMOHONAN
- Permohonan mestilah dibuat melalui borang bantuan zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang. Borang boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan zakat.
- Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga / waris.