Bantuan Baik Pulih Rumah

OBJEKTIF 

Membantu golongan Asnaf Fakir dan Miskin menampung kos membaiki rumah yang rosak dan daif seterusnya menyediakan ruang kediaman yang lebih sempurna.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  2. Pemohon / ketua keluarga mestilah pemastautin dan menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Pulau Pinang. Bagi kes-kes yang kurang dari 5 tahun, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi:
  • Ibu / bapa pemohon berasal dari Pulau Pinang
  • Pemohon lahir di Pulau Pinang
  • Rumah yang diduduki pemohon mestilah hak milik sendiri.
  • Pemohon tidak memiliki rumah lain.
  • Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM1,200.00 sebulan.
  • Pemohon mestilah tinggal di atas tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis (surat sumpah)daripada pemilik atau pemilik-pemilik tanah berkenaan yang diperakui oleh pesuruh jaya sumpah.

 

3. Sekiranya tanah dimiliki banyak penama, pemohon mestilah mendapatkan persetujuan bersumpah semua penama.

4. Sekiranya pemilik tanah tidak dapat dikenalpasti, pemohon mestilah mendapat sokongan daripada pihak kariah.

5. Rumah yang hendak dibaiki mestilah dimiliki pemohon dan merupakan tempat pemohon tinggal dan bukannya disewakan.

6. Permohonan mestilah dikemukakan bersama-sama dengan bukti pemilikan tanah seperti geran tanah dan sebagainya.

7. Bagi kes rumah terbengkelai:

  • Sekiranya rumah tersebut di bina oleh pemaju perumahan, permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
  • pembinaan rumah di luar kemampuan serta melebihi keperluan tidak akan dipertimbangkan

8. Bagi kes rumah pangsa, tanggung jawab pembaikan akan menjadi tanggung jawab pemaju.

9. Had umur 35 tahun dan ke atas kecuali OKU atau berpenyakit kritikal.

10. Mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 3 orang ( 4 orang isirumah)

11. Pemohon yang mempunyai kenderaan yang selesa atau masih membayar ansuran kenderaan melebihi RM250 sebulan tidak layak dipertimbangkan bantuan ini.

12. Pemohon yang mampu melanggan astro / mempunyai alat penghawa dingin tidak layak dipertimbangkan.

13. Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan daripada pemohon yang mempunyai imej negatif di kalangan jiran-jiran dan penduduk setempat.   14.  Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan pemohon yang telah memiliki rumah yang lain..

CARA PERMOHONAN

1. Permohonan mestilah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim / daftar sementara / borang 14A / surat kelulusan pejabat tanah)
  • Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah

2. Permohonan mestilah mendapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.

3. Siasatan akan dilakukan ke kediaman pemohon. Semua maklumat berkaitan kesihatan, pendapatan, keadaan keluarga dan keadaan rumah pemohon

perlu dilaporkan oleh Pegawai Penyiasat beserta dengan gambar untuk pertimbangan pihak pengurusan.

4. Bagi pembaikan yang melebihi kos RM18,000, keputusan akan dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Zakat Pulau Pinang.

5. Pembaikan bagi permohonan yang berjaya akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh Zakat Pulau Pinang.

baikPulihRumah

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist