Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang

OBJEKTIF 

Membantu kewangan  mahasiswa/mahasiswi yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan ZPP samada di dalam atau luar negara pada peringkat Diploma, Markaz Lughah (Mesir), Ijazah, Ijazah Perubatan, Sarjana dan PhD. Terbuka kepada semua kursus yang memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah  memenuhi  syarat-syarat umum bantuan zakat.
  2. Belajar di Institusi  Pengajian  Tinggi  yang  diiktiraf  oleh Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang, MAINPP sahaja.
  3. Pemohon mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
  4. Permohonan bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dibuka kepada semua bidang pengajian atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
  5. Keputusan nilai purata semester 2.75 dan ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan bagi pelajar dalam negara manakala bagi pelajar luar negara mereka yang lulus sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Ibubapa yang bekerja dan layak membayar zakat mestilah membayar zakat pendapatan/harta mereka di Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
  7. Pemohon yang tidak bermastautin di Pulau Pinang tetapi ibu bapa mereka membayar zakat di Pulau Pinang adalah layak memohon dengan syarat mereka tidak menerima bantuan zakat dari negeri lain.
  8. Pemohon yang bermastautin di Pulau Pinang tetapi ibu bapa mereka bekerja di luar Pulau Pinang serta tidak membayar zakat di Pulau Pinang adalah layak memohon dengan syarat mereka tidak menerima bantuan zakat dari negeri lain.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan mestilah dibuat melalui portal pengguna zakatpenang2u.com pada waktu permohonan yang dibuka.
  2. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga / waris.
  3. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekali sahaja dalam setahun.
  4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tanggungan yang mempunyai surat sokongan sahaja.

NOTA:

Sebarang keputusan atau perubahan adalah berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang.

 

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist