Bantuan Modal Perniagaan

Bantuan keusahawanan ini menjadi sebahagian mekanisme pengagihan wang zakat kepada asnaf fakir miskin dan merupakan proses jangka panjang, mengurangkan kadar kemiskinan dan juga membangunkan modal insan. Kemiskinan tidak dapat diatasi dengan hanya memberi bantuan kebendaan dan wang ringgit semata-mata. Dalam hal ini Zakat Pulau Pinang telah menggariskan pelaksanaan agihan wang zakat dengan cara mendidik, memberi ilmu, membimbing dan membangunkan asnaf fisabilillah berdasarkan potensi yang ada pada mereka.

SYARAT-SYARAT BANTUAN

  • Pemohon mestilah memenuhi syarat- syarat umum bantuan zakat;
  • Pemohon yang sihat tubuh badan dan mampu bekerja (berniaga) dipertimbangkan melainkan dokumen sokongan kesulitan kehidupan;
  • Pemohon mestilah tergolong dalam kategori usahawan dan keutamaan bergantung kepada kriteria berikut untuk menyokong permohonan:
  • Perniagaan merupakan sumber utama pendapatan keluarga;
  • Tidak berpenyakit kronik (Penyakit berjangkit);
  • Produk yang dihasilkan berdaya maju, terpinggir dan dimonopoli oleh bukan bumiputera;
  • Suami berpendapatan rendah /kematian suami @ suami di tahan pihak berkuasa dan Isteri menyambung/menjalankan perniagaan untuk menambah pendapatan keluarga;
  • Terputus modal atas sebab yang munasabah seperti mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau anak/isteri/suami tidak sihat;
  • Belum atau telah menerima bantuan daripada agensi lain tetapi berpotensi untuk memajukan perniagaan.;
  • Lain-lain kes yang tiada dalam senarai tetapi didapati boleh dipertimbangkan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi masyarakat sekeliling.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist