Bantuan Nur Ramadan

BANTUAN NUR RAMADAN ZAKAT PULAU PINANG

Objektif Bantuan

Meringankan beban golongan fakir dan miskin sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan.

Syarat dan Kelayakan

1. Beragama Islam.

2. Warnganegara Malaysia serta bermastautin di Pulau Pinang.

3. Berpendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al-Kifayah seperti berikut:

No.

Kategori

Jumlah Had Kifayah (RM)

1

Ketua Keluarga

RM775.00

2

Isteri

RM290.00

3

Anak / Tanggungan

RM265.00

4. Hanya Ketua Keluarga sahaja layak memohon bagi setiap keluarga atau isi rumah iaitu seperti berikut:

No.

Kategori

Status Perkahwinan

1

Suami

Jika berkahwin

2

Isteri

Jika bercerai (cerai hidup/cerai mati)

3

Isteri

Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah

5. Mengisi dan melengkapkan borang yang disediakan oleh pihak ZPP secara atas talian.

6. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Permohonan adalah HANYA melalui Pusat Khidmat  Adun dan Parlimen di Negeri Pulau Pinang.

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist