Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Zakat Pulau Pinang (Tanpa Tunai)

OBJEKTIF BANTUAN

Menyalurkan keperluan peralatan sekolah seperti pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan alatulis kepada anak-anak asnaf pada permulaan sesi persekolahan.

SALURAN BANTUAN

  1. Bantuan dikreditkan ke dalam kad pengenalan waris bernilai RM150.00 untuk ditebus dimana-mana kedai yang dilantik ZPP.
  2. Dalam program ini, Zakat Pulau Pinang menyalur bantuan pakaian seragam persekolahan lengkap seperti beg, peralatan menulis, pakaian seragam persekolahan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.
  2. Pemohon mestilah pemastautin di negeri Pulau Pinang.
  3. Pendapatan isi rumah RM 3000,00 dan ke bawah.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bersekolah (tidak termasuk pra sekolah).
  5. Permohonan mestilah dibuat melalui pihak sekolah/Kadun/Penyelaras Kadun/ALP Zakat/Ahli MAINPP.
  6. Seorang pelajar hanya berhak mendapat sekurang-kurangnya satu set kelengkapan persekolahan daripada Zakat Pulau Pinang.

CARA PERMOHONAN

  1. Melalui sistem online Zakat Pulau Pinang.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist