Setiap kontraktor yang ingin mengemukakan permohonan sebut harga di Zakat Pulau Pinang perlu mendaftarkan syarikat melalui borang pendaftaran di bawah.
MAKLUMAN PENDAFTARAN BAHARU KONTRAKTOR
- Borang ini boleh di muat turun dari laman sesawang www.zakatpenang.com.
- Sila EMAIL dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah kepada daftarperolehan@zakatpenang.com dan nyatakan NAMA SYARIKAT & DAERAH SEBAGAI TAJUK EMAIL.
- Sila masukkan Borang Pendaftaran Syarikat ke dalam Peti Dokumen Borang Pendaftaran Syarikat yang disediakan di Kaunter Kutipan Zakat Pulau Pinang (HQ: Bandar Perda) sebelum atau pada 15 Februari 2022.
- Sila sertakan kad nama pegawai yang akan berurusan dengan ZPP.
SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DI EMAIL
- Profil Syarikat lengkap dengan pengalaman kerja terdahulu.
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Pihak Berkuasa Tempatan).
- Salinan Sijil Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU).
- Salinan Sijil Pendaftaran CIDB (G1) dengan kod bidang B04 & CE21.
- Salinan Sijil Pendaftaran SST (Jika Berkenaan).
- Salinan Penyata Kewangan / Bank Untuk 3 Bulan Terkini.
- Lain-Lain Dokumen Yang Berkenaan.
- Pengalaman berkaitan Bina Bangunan @ Baikpulih bangunan (akan diberi keutamaan).
Sebarang kemusykilan boleh hubungi pegawai di Bahagian Perolehan, Zakat Pulau Pinang berikut:
- Pn. Siti Zahra (04-5498120)
- Pn. Munirah (04-5498124)