Sekiranya syarikat telah mengeluarkan zakatnya, pemegang saham tidak perlu mengeluarkan zakatnya lagi, tetapi kalau syarikat tidak membayarnya, WAJIB bagi setiap pemegang saham membayarnya.
*Jumlah zakat saham dikira berdasarkan nilai unit yang dimiliki didarabkan dengan harga pasaran saham pada setiap hujung tahun dan didarabkan dengan 2.5%. Contoh pengiraan : 10,000 (unit saham) x RM2 (harga pasaran saham) = RM20,000.00 x 2.5% = RM500.00 (jumlah yang perlu dizakatkan)