Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR

Berikut adalah arkib keratan akhbar berkaitan Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

Zakat Pulau Pinang peka denyut nadi asnaf

SINAR HARIAN- 1 SEPTEMBER 2022

BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) bercadang untuk menaikan kadar bantuan zakat kepada asnaf melalui skim-skim agihah tertentu sesuai dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Zakat Pulau Pinang jejak pasangan suami isteri tidur bawah jejambat

BERITA HARIAN- 27 OGOS 2022

BUTTERWORTH: Zakat Pulau Pinang (ZPP) sedang mengenalpasti pasangan suami isteri yang menjadikan kawasan jejambat di Jalan Bagan Dalam, di sini sebagai tempat berteduh, dalam usaha menghulurkan bantuan sewajarnya.

'Terima kasih Zakat Pulau Pinang bantu miliki rumah lebih selesa'

SINAR HARIAN- 10 OGOS 2022

KEPALA BATAS – Seorang ibu tunggal gembira apabila rumah pusaka keluarganya yang sebelum ini usang dan bocor kini bertukar wajah selepas mendapat bantuan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) melalui skim bantuan baik pulih rumah.

Alhamdulillah, tidak perlu lagi menumpang rumah saudara

HARIAN METRO- 9 OGOS 2022

Kepala Batas: Pesakit kanser lidah yang menumpang di rumah saudaranya sejak tiga tahun lalu kini menarik nafas lega selepas memperoleh kediaman sendiri melalui Skim Inapan Kasih di bawah Zakat Pulau Pinang (ZPP).

ZPP, BIMB jalin kerjasama bantu usahawan asnaf

SINAR HARIAN- 29 JULAI 2022

BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) menjalinkan kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi memperkasakan aktiviti keusahawanan dalam kalangan asnaf di negeri ini.

ZPP, BIMB jalin kerjasama bantu usahawan mikro asnaf

KOSMO - 29 JULAI 2022

SEBERANG PERAI- Pelaksanaan Program Pembiayaan Mikro i-Tekad hasil pemeteraian kerjasama antara Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mampu menjadi ‘batu loncatan’ kepada satu usaha sama baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat Islam di negeri ini.

CEO ZPP, Rektor KITAB terima anugerah bergelar Dato’

BULETIN MUTIARA - 27 JULAI 2022

GEORGE TOWN – Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali dan Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, Profesor Dr. Mohamad Abdul Hamid merupakan antara individu yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato’.

Zakat Pulau Pinang timbang nilai semula kadar zakat asnaf

KOSMO - 29 JUN 2022

SEBERANG PERAI – Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan mempertimbangkan untuk menilai semula kadar zakat yang berhak diterima golongan asnaf atau ‘mustahiq’ ketika ini.

Zakat P Pinang sambut baik saranan ABIM nilai semula kadar bantuan

MALAYSIAKINI - 29 JUN 2022

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima baik cadangan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan akan mempertimbangkan untuk menilai semula kadar bantuan dan syarat kelayakan golongan yang layak terima zakat.

ZPP sedia pertimbang kadar skim zakat makanan, ubatan

SINAR HARIAN - 29 JUN 2022

Georgetown – Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima baik cadangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan akan mempertimbangkan untuk menilai semula kadar zakat yang berhak diterima golongan mustahiq terutamaya skim-skim zakat di negeri ini.

ZPP terima zakat perniagaan bernilai RM2.7 juta daripada 9 syarikat

SINAR HARIAN - 29 JUN 2022

BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima bayaran zakat perniagaan RM2.7 jta daripada sembilan syarikat korporat yang beroperasi di negeri ini.

Zakat Pulau Pinang terima zakat perniagaan RM2.7 juta

SINAR HARIAN - 28 JUN 2022

BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima bayaran zakat perniagaan RM2.7 juta daripada sembilan syarikat korporat yang beroperasi di negeri ini.

ZPP terima zakat perniagaan berjumlah RM2.68 juta

BULETIN MUTIARA - 28 JUN 2022

PERAI – Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM2,683,320.05 daripada sembilan syarikat korporat di negeri ini.

49 Peserta Selesai Ikuti Program Tunas Usahawan ZPP 2022

SINAR HARIAN - 22 JUN 2022

BALIK PULAU – Seramai 49 peserta dari seluruh Pulau Pinang selesai mengikuti Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) 2022 yang dianjurkan buat julung kalinya pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang berkata, program tersebut sepatutnya diadakan pada 2022, namun tertangguh akibat penularan wabak COVID-19.

Syawal lebih bermakna buat asnaf di Pulau Pinang

SINAR HARIAN - 26 APRIL 2022

BUKIT MERTAJAM – Ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi lebih bermakna buat 9,366 asnaf di negeri ini apabila menerima Bantuan Saguhati Aidilfitri daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Sumbangan Saguhati Hari Raya 2022 ZPP meningkat RM5.69 juta

UTUSAN MALAYSIA - 23 APRIL 2022

BALIK PULAU: Jumlah keseluruhan sumbangan Saguhati Hari Raya 2022 Zakat Pulau Pinang (ZPP) tahun ini meningkat sebanyak RM5.69 juta melibatkan 9,366 penerima dalam kalangan asnaf fakir dan miskin.

ZPP agih sagu hati RM5.7 juta kepada asnaf fakir dan miskin

SINAR HARIAN - 23 APRIL 2022

GEORGETOWN – Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengagihkan kira-kira RM5.7 juta wang zakat kepada asnaf fakir dan miskin sebagai sagu hati menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

3 Situasi bayaran zakat bagi pengeluaran khas KWSP di Pulau Pinang

INSTAGRAM SINAR HARIAN - 22 APRIL 2022

3 SITUASI BAYARAN ZAKAT BAGI PENGELUARAN KHAS KWSP DI PULAU PINANG
1. SERTA MERTA
2. SETELAH CUKUP HAUL
3. TIDAK WAJIB

3 Situasi bayaran zakat bagi pengeluaran khas KWSP di Pulau Pinang

FACEBOOK SINAR HARIAN - 22 APRIL 2022

3 SITUASI BAYARAN ZAKAT BAGI PENGELUARAN KHAS KWSP DI PULAU PINANG
1. SERTA MERTA
2. SETELAH CUKUP HAUL
3. TIDAK WAJIB

Zakat Pulau Pinang agih sagu hati raya RM5.7 juta untuk asnaf

SINAR HARIAN - 21 APRIL 2022

GEORGETOWN – Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengagihkan kira-kira RM5.7 juta wang zakat kepada asnaf fakir dan miskin sebagai sagu hati menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Tiga kadar zakat fitrah di Pulau Pinang

SINAR HARIAN - 29 MAC 2022

BUKIT MERTAJAM – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bernilai RM7, RM 13 dan RM20 setiap seorang pada tahun ini.

Zakat fitrah di Pulau Pinang ditetapkan antara RM7 hingga RM20

UTUSAN MALAYSIA - 29 MAC 2022

PERMATANG PAUH: Bayaran zakat fitrah bagi Pulau Pinang tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM13 dan RM20, meningkat sedikit berbanding tiga kadar sama tahun lepas iaitu RM7, RM12 dan RM16.

3 kadar Zakat Fitrah di Pulau Pinang

MY METRO - 29 MAC 2022

Bukit Mertajam: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekali lagi menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah tahun ini iaitu RM7, RM13 dan RM20.

ZPP Sumbang Enam Van Jenazah Bernilai Lebih RM870,000.00

BULETIN MUTIARA - 17 FEBRUARI 2022

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyumbang enam buah van jenazah kepada enam masjid di kelima-lima daerah di negeri ini membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM872,280.

ZPP Serah Van Jenazah Kepada Enam Masjid

SINAR HARIAN - 17 FEBRUARI 2022

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyerahkan sumbangan enam van jenazah kepada enam masjid daerah di negeri ini bernilai RM872,280.

ZPP Sasar Kutipan Zakat RM161.5 Juta

BERITA HARIAN - 10 FEBRUARI 2022

Zakat Pulau Pinang (ZPP) optimis mampu mencapai sasaran kutipan zakat RM161.5 juta bagi tahun ini susulan prestasi jumlah pembayar zakat yang memberangsangkan pada tahun lalu.

ZPP Collects Over 147 Millions In 2021

BERNAMA- 10 FEBRUARY 2022

Zakat Pulau Pinang (ZPP) has collected zakat (tithe) worth RM147,247,345.90 in 2021, an increase of 17.54 percent from 130 Million in the previous year.

ZPP Sasar Kutipan Zakat RM161.5 Juta

UTUSAN MALAYSIA - 10 FEBRUARI 2022

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM161.5 juta tahun ini yang disumbangkan kira-kira 79,500 pembayar.

ZPP Kekal Momentum, Berjaya Kutip RM147.25 Juta Tahun 2021

BULETIN MUTIARA - 10 FEBRUARI 2022

Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengekalkan momentum dari segi prestasi kutipan dan agihan zakat pada tahun lepas walaupun masih berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19.

Lima hospital terima geran bantuan tahunan ZPP

SINAR HARIAN - 1 DISEMBER 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) memperuntukkan sebanyak RM162,000 geran bantuan tahunan kepada lima buah hospital dan sebuah klinik kesihatan di negeri ini.

Lima hospital awam terima RM162,000 dana zakat, 35 unit mesin bantuan oksigen ZPP

BULETIN MUTARA - 30 NOVEMBER 2021

Lima hospital awam dan sebuah klinik kesihatan (KK) di negeri ini menerima agihan zakat berjumlah RM162,000 daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Tingkat kesedaran umat Islam dalam berzakat

SINAR HARIAN - 27 NOVEMBER 2021

Menyemarakkan kesedaran berzakat kepada umat Islam sekali gus memberi manfaat dan impak besar kepada pembayar dan penerima zakat di negeri ini menjadi objektif utama penganjuran bulan zakat bagi tahun 2021.

20 program sebar maklumat zakat

SINAR HARIAN - 25 NOVEMBER 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyediakan sebanyak 20 pengisian program menarik sepanjang Bulan Zakat Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun ini.

ZPP tetapkan kadar baharu uruf pemakaian emas perhiasan

SINAR HARIAN - 20 OKTOBER 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menetapkan uruf atau kadar semasa pemakaian emas perhiasan di kalangan wanita Islam di negeri ini ialah seberat 250 gram ke atas.

Tunai zakat bukan tambah rezeki

SINAR HARIAN - 15 OKTOBER 2021

Pada zaman serba canggih dan dipenuhi kemudahan teknologi terkini, pelbagai kebaikan yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di negara Malaysia yang tercinta ini.

24 pelajar Pulau Pinang lanjut pengajian ke Jordan

SINAR HARIAN - 24 SEPTEMBER 2021

Peluang melanjutkan pengajian di universiti di Timur Tengah tidak akan disia-siakan selain berjanji akan membalas pengorbanan ibu bapa dengan kejayaan suatu hari nanti.

ZPP sedia bantu ibu angkat Nurhidayah

UTUSAN MALAYSIA- 23 SEPTEMBER 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) sedia menyalurkan bantuan perubatan termasuk kos rawatan, lampin pakai buang serta bekalan susu terhadap pesakit kanser lidah yang juga ibu angkat kepada seorang ibu muda di Kampung Sulup, Teluk Kumbar di sini.

Enam beradik yatim piatu selepas ibu meninggal dunia akibat COVID-19, terima sumbangan ZPP

ASTRO AWANI - 19 SEPTEMBER 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini turun padang menyantuni enam beradik yatim piatu yang terpaksa tinggal bersendirian dirumah mereka di pangsapuri Ampang Jajar di Pulau Pinang selepas kematian ibu bapa mereka.

Kisah 6 beradik tular dapat perhatian ZPP

UTUSAN MALAYSIA - 19 SEPTEMBER 2021

Kisah enam beradik yatim piatu yang tular di dalam media sosial kerana terpaksa tinggal bersendirian di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Permatang Pauh di sini turut mendapat perhatian Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini.

Zakat Pulau Pinang santuni 6 beradik yatim piatu [METROTV]

HARIAN METRO - 19 SEPTEMBER 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyantuni enam beradik yatim piatu di flat Ampang Jajar di sini, hari ini bagi meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan.

Jasa pejuang negara dihargai

SINAR HARIAN - 15 SEPTEMBER 2021

Tanpa mereka, kita tidak mampu untuk merasai kesenangan dan kebebasan pada hari ini, malah tidak mampu untuk tidur dengan selesa tanpa perlu merasa bimbang dengan keadaan sekeliling.

ZPP terus cakna nasib asnaf

SINAR HARIAN - 7 JULAI 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan memastikan tiada masyarakat Islam di negeri ini disisihkan tanpa mendapat pembelaan dan bantuan sewajarnya khususnya mereka yang terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Hubungi ZPP sebelum gantung bendera putih

SINAR HARIAN - 30 JUN 2021

Umat Islam di Pulau Pinang boleh menghubungi talian hotline Zakat Pulau Pinang (ZPP) sekiranya terputus bekalan makanan sebelum menggantung bendera putih di luar rumah mereka.

ZPP lulus RM6.5 juta bantu golongan terkesan

SINAR HARIAN - 11 JUN 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyediakan peruntukan sebanyak RM6.5 juta menerusi dua skim bantuan yang dilancarkan bagi membantu golongan terkesan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dan Sekatan Pergerakan Penuh ketika ini.

MCO 3.0: ZPP allocates RM1.5 million for emergency food relief

BERNAMA - 5 JUN 2021

MCO 3.0: ZPP allocates RM1.5 million for emergency food relief

ZPP peruntuk RM1.5 juta bantu 10,000 penduduk terjejas

UTUSAN MALAYSIA - 5 JUN 2021

Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) memperuntukkan sehingga RM1.5 juta untuk diagihkan dalam bentuk makanan dan barangan keperluan harian kepada kira-kira 10,000 penduduk di negeri ini yang memerlukan bantuan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang (ZPP)

SINAR HARIAN (FACEBOOK) - 5 JUN 2021

ZPP memperuntukkan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada mereka yang terjejas akibat pelaksanaan ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama.

Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang (ZPP)

SINAR HARIAN (INSTAGRAM) - 5 JUN 2021

ZPP memperuntukkan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada mereka yang terjejas akibat pelaksanaan ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama.

ZPP sasar bantu 10,000 penduduk terjejas [METROTV]

HARIAN METRO - 5 JUN 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyasarkan agihan bantuan makanan dan barangan keperluan harian kepada 10,000 penduduk yang terkesan di negeri itu sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

ZPP sedang teliti pakej bantuan susulan ‘total lockdown’

MALAYSIAGAZETTE - 31 MEI 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) kini sedang meneliti beberapa pakej bantuan zakat susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) fasa pertama membendung penularan Covid-19 bermula esok.

ZPP tutup operasi kaunter, bantuan akan diumumkan

HARIAN METRO - 31 MEI 2021

Operasi kaunter Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang (ZPP) di Bandar Perda, di sini, dan semua kaunter pejabat cawangan seluruh negeri akan ditutup sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) bermula esok.

ZPP agih RM7,316,100 sebagai zakat tambahan kepada 24,072 asnaf

BULETIN MUTIARA - 5 MEI 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) melalui program zakat tambahan, Saguhati Nur Ramadan dan Saguhati Nur Aidil Fitri telah mengagihkan sejumlah RM7,316,100 kepada 24,072 penerima.

Pulau Pinang agih zakat kepada 24,072 asnaf

SINAR HARIAN - 4 MEI 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) meneruskan tanggungjawab dalam mengagihkan zakat kepada asnaf fakir dan miskin melalui Saguhati Nur Ramadan dan Saguhati Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini.

110 asnaf dari ‘kampung TYT’ terima pek bantuan ZPP

BULETIN MUTIARA - 23 APRIL 2021

Seramai 110 asnaf termasuk 10 saudara baru daripada kariah Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas sendiri di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas pada lewat petang ini menerima agihan sumbangan Zakat Pulau Pinang (ZPP) berupa pek bekalan makanan asasi.

Inisiatif baucar tunai ZPP, beri pilihan asnaf beli barangan keperluan sendiri

BULETIN MUTIARA - 20 APRIL 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengambil inisiatif dengan memberi pilihan kepada penerima zakat untuk membeli barangan keperluan harian sendiri menggunakan baucar tunai berbanding sebelum ini, pemberian dalam bentuk hamper.

Tiga kadar zakat fitrah di Pulau Pinang

BULETIN MUTIARA - 8 APRIL 2021

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun ini iaitu RM7, RM12 dan RM16 sebagaimana diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri serta diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di Pulau Pinang.

3 kadar zakat fitrah di Pulau Pinang

BERITA HARIAN - 8 APRIL 2021

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah, iaitu RM7, RM12 dan RM16, tahun ini.

Skim Inapan Kasih lebih kondusif

SINAR HARIAN - 3 APRIL 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) melancarkan penjenamaan baharu bantuan bina rumah anaf yang kini dikenali sebagai Skim Inapan Kasih.

Kediaman lebih selesa dengan bantuan ZPP

SINAR HARIAN - 8 MAC 2021

Sebanyak sembilan keluarga ini menjalani kehidupan lebih selesa apabila menerima rumah baharu yang disumbangkan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Bantuan rumah ZPP beri sinar baru kepada dua keluarga asnaf

BULETIN MUTIARA - 8 MAC 2021

Dua keluarga asnaf di sini meluahkan rasa syukur dan terharu apabila menerima rumah baru yang disumbangkan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP).

ZPP berjaya agih 96.8 peratus daripada zakat 2020

SINAR HARIAN - 4 FEBRUARI 2021

Jumlah kutipan zakat yang dipungut Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan peningkatan pada tahun lalu walaupun dalam keadaan negara sedang menghadapi wabak pandemik Covid-19.

ZPP berjaya agih 96.8 peratus hasil zakat tahun 2020

BULETIN MUTIARA - 4 FEBRUARI 2021

Sungguhpun ekonomi rakyat Malaysia di Pulau Pinang kian mencabar dek pandemik COVID-19, umat Islam serta semua pihak berkepentingan yang menyalurkan zakat menerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) wajar dipuji.

Kutipan zakat meningkat di Pulau Pinang

HARIAN METRO - 4 FEBRUARI 2021

Jumlah kutipan zakat di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan kepada RM130.8 juta pada tahun lalu berbanding RM121.4 juta pada tahun lalu.

2 mualaf sekadar alas perut dengan mi segera, biskut kering [METROTV]

HARIAN METRO - 3 FEBRUARI 2021

Diuji dengan kesempitan hidup, dua beradik mualaf di Taman Machang Bubok, di sini, terpaksa mencatu makanan dan hanya mengalas perut dengan mi segera atau biskut kering setiap hari.

ZPP akan salur bantuan kewangan bulanan

HARIAN METRO - 3 FEBRUARI 2021

Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan menyalurkan bantuan kewangan secara bulanan kepada dua beradik mualaf yang menetap di Taman Machang Bubok, di sini, bagi membantu meringankan beban ditanggung.

ZPP Sumbang Enam Van Jenazah Bernilai Lebih RM870,000.00

BULETIN MUTIARA - 17 FEBRUARI 2022

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyumbang enam buah van jenazah kepada enam masjid di kelima-lima daerah di negeri ini membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM872,280.

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist