Visi
Mengungguli usaha mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi ummah melalui sistem pengurusan zakat yang profesional dan berteknologi.
Misi
- Kami menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memudahkan urusan pembayaran dan pengagihan zakat secara efisien, telus dan efektif.
- Kami komited untuk sentiasa memastikan agar amanah muzakki dijaga dan hak asnaf dibela melalui pendekatan maqasid syariah.
- Kami beriltizam untuk memperkasa asnaf menerusi skim bantuan zakat yang bukan sahaja mampu memberikan kemudahan kehidupan malah mengubah mereka menjadi pembayar zakat masa hadapan.
- Kami berazam mengangkat martabat profesion amil selaras dengan petunjuk Al-Qur’an dan Hadith
Nilai Teras (G.I.G.I.H)
GIGIH
Kami melaksanakan tanggungjawab dengan penuh disiplin dan kesungguhan serta memberikan hasil yang terbaik dengan perkhidmatan berkualiti.
INTEGRITI
Kami komited untuk sentiasa bersikap profesional, adil, menjaga amanah dan beretika tinggi dalam setiap urusan.
GERAKERJA BERPASUKAN
Kami bertindak sebagai sebuah pasukan mantap yang saling sokong menyokong dan bantu membantu di antara satu sama lain dengan semangat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
INOVASI
Kami sentiasa berusaha untuk meneroka kaedah yang baharu melalui idea kreatif dan terkini.
HORMAT MENGHORMATI
Kami meraikan perbezaan pandangan dan kepelbagaian nuansa, berfikiran positif dan membudayakan akhlak terpuji dalam perhubungan dengan semua pihak.