Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

Kami bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang mesra dan adil kepada pembayar dan penerima bantuan zakat dan dengan itu kami berjanji:

  1. Memberi maklumat yang jelas dan tepat berkaitan zakat.

  2. Menyediakan kemudahan pembayaran zakat yang terbaik melalui pelbagai kaedah.

  3. Memastikan urusan pembayaran di kaunter tidak melebihi 5 minit.

  4. Menghantar penyata bayaran zakat tahunan kepada pembayar yang membayar melalui Skim Berkat tidak melebihi 31 Mac pada tahun berikutnya.

  5. Memastikan pengagihan zakat selaras dengan ketetapan syarak.

  6. Memberi layanan yang mesra kepada semua yang berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan zakat.

  7. Menerima semua borang permohonan bantuan yang lengkap dan memproses dalam tempoh 20 hari bekerja.

  8. Memproses bantuan segera yang layak serta merta.

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist