Bantuan Dialisis melalui Pusat Haemodialisis Zakat (PHZ)

OBJEKTIF BANTUAN

Memberi rawatan perkhidmatan dialisis secara PERCUMA kepada asnaf yang mengalami kegagalan fungsi ginjal peringkat akhir.

MAKLUMAT KOS BANTUAN

  1. Jumlah kos yang ditanggung saban tahun oleh ZPP adalah sebanyak RM6 juta dengan menggunakan dana dari sumber zakat dalam menguruskan pusat haemodialisis ini.
  2. Kos sekali rawatan bagi seorang pesakit adalah sebanyak RM300 – RM350 dan mereka memerlukan 3 kali rawatan dalam seminggu.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangny 3 tahun.
  4. Disahkan menghidap penyakit kegagalan fungsi ginjal perinkat akhir (End Stage Renal Failure [ESRF]).
  5. Tidak menghidap penyakit kronik yang berjangkit.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan melalui borang yang disediakan ZPP.
  2. Borang boleh diambil dimana-mana kaunter ZPP yang berdekatan.
  3. Surat pengesahan doktor dan agensi penaja diperlukan seperti PERKESO, JPA, ATM, VETERAN dan sebagainya.

SENARAI PUSAT HAEMODIALISIS ZAKAT (PUZ) DI PULAU PINANG

PHZ Tasek Gelugor

PHZ Butterworth

PHZ Nibong Tebal

PHZ Kepala Batas

PHZ Bayan Lepas

PHZ Georgetown

PHZ Balik Pulau

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist