Qadha Zakat

Semua jenis zakat adalah wajib dan jika tidak ditunaikan sewaktu ianya wajib berzakat, hendaklah ditunaikan sekarang. Inilah yang dinamakan qadha zakat.

Hukum zakat pendapatan adalah wajib dan inilah yang diputuskan sama ada oleh kebanyakan Jawatankuasa Fatwa Negeri mahu pun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Maka, umat Islam yang melalaikan hukum yang wajib, hendaklah mereka menunaikannya kembali tatkala mereka tersedar daripada kealpaannya dan ia dinamakan qadha.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 2006, yang menyatakan: “Mengenai hukum qadha zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya”.

(Rujuk Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-76, 23 November 2006).

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist