OBJEKTIF BANTUAN
Pemberian Skim Bantuan Kewangan Sekaligus adalah bertujuan untuk membantu golongan Asnaf Fakir dan Miskin yang bersifat sementara yang tidak berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan / makanan bulanan.
SYARAT-SYARAT BANTUAN
- Pemohon mestilah memenuhi syarat- syarat umum bantuan zakat
- Tiada pendapatan atau berpendapatan tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi
- Pemohon mestilah tergolong dalam asnaf fakir dan miskin yang menghadapi masalah-masalah berikut:
- Warga Emas yang uzur dan tiada anak yang dapat membantu
- Berpenyakit yang menghalang pemohon bekerja.
- Isteri yang keputusan belanja akibat kematian suami atau suami di tahan pihak berkuasa dan sebagainya.
- Mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau tiada keupayaan untuk bekerja.
- Cacat fizikal / mental
- Belum atau telah menerima bantuan daripada agensi lain tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi.
- Lain-lain kes yang tiada dalam senarai tetapi didapati boleh dipertimbangkan.
CARA PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.
- Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja setahun, manakala bagi permohonan kali kedua, hanya akan dipertimbangkan mengikut kes.
- Jika berlaku permohonan bertindih, kelulusan adalah mengikut keperluan semasa.