Skim Kafalah Mahabbah Zakat Pulau Pinang, MAINPP

SKIM KAFALAH MAHABBAH ZAKAT PULAU PINANG

OBJEKTIF

Skim kafalah Mahabbah ini merupakan satu Skim Khairat Kematian atau satu tabung sumbangan ikhlas daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang diberikan kepada WARIS PEMBAYAR ZAKAT (2 KATEGORI MUZAKKI) dan WARIS PENERIMA BANTUAN KEWANGAN BULANAN (MUSTAHIQ) di Pulau Pinang serta tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh ZPP.

KATEGORI MUZAKKI 1 (PEMBAYAR ZAKAT INDIVIDU)

1. Mempunyai rekod bayaran zakat harta (kecuali zakat fitrah) di Zakat Pulau Pinang.

2. Tuntutan hanya layak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir zakat dibayar sekiranya berlaku kematian.

3. Bayaran zakat individu minimum sebanyak RM100.00 selama setahun.

4. Ahli keluarga sama ada balu, duda, anak, ibu, bapa, ahli keluarga, anak angkat (sah disisi undang-undang) layak memohon.

5. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.

 

KATEGORI MUZAKKI 2 (PEMBAYAR ZAKAT SYARIKAT ENTERPRISE)

1. Terbuka kepada Syarikat Enterprise sahaja.

2. Mempunyai rekod bayaran zakat perniagaan atas nama syarikat di Zakat Pulau Pinang

3. Tuntutan hanya layak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir zakat perniagaan dibayar sekiranya berlaku kematian.

4. Bayaran zakat perniagaan minimum sebanyak RM100.00 selama setahun bagi pemilikan tunggal.

5. Bagi syarikat perkongsian, bayaran zakat perniagaan minimum adalah sebanyak RM100.00 x jumlah bilangan perkongsian.

Contoh : Syarikat A memiliki 5 rakan kongsi. Jika salah seorang meninggal dunia, waris Allahyarham layak memohon dengan syarat syarikat tersebut membaya zakat perniagaan dengan kadar minimum RM500.00 (RM100.00 x Jumlah Bilangan Perkongsian).

6. Ahli keluarga sama ada balu, duda, anak, ibu, bapa, ahli keluarga, anak angkat (sah disisi undang-undang) layak memohon.

7. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.

 

KATEGORI MUSTAHIQ (PENERIMA BANTUAN KEWANGAN BULANAN)

1. Mempunyai rekod dalam daftar senarai penerima BANTUAN KEWANGAN BULANAN Zakat Pulau Pinang.

2. Waris hanya layak memohon dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.

3. Ahli keluarga sama ada balu, duda, anak, ibu, bapa, ahli keluarga, anak angkat (sah disisi undang-undang) layak memohon.

4. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.

CARA PERMOHONAN

  1. Melalui borang di kaunter perkhidmatan zakat.

  2. Muat turun borang di bawah dan hantarkan kepada mana-mana kaunter zakat berhampiran.

BORANG SKIM KAFALAH MAHABBAH

Borang Permohonan Skim Kafalah (Pembayar Individu & Penerima Bantuan Kewangan Bulanan)

BORANG SKIM KAFALAH MAHABBAH

Borang Permohonan Skim Kafalah (Pembayar Syarikat Enterprise)

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist