Zakat Emas & Perak

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-

Firman Allah SWT :

Maksudnya

“…Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

(Surah at-Taubah : 34)

EMAS

Terdapat 2 keadaan untuk pembayaran zakat emas.

  • Emas Yang Tidak Dipakai

Emas yang tidak dipakai (disimpan sahaja) wajib dikeluarkan zakat apabila mencukupi atau melebihi kadar nisab (85 gram) nilai emas, maka diwajibkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5% atas nilai emas sahaja.

Contoh kiraan sekiranya mempunyai emas perhiasan seberat 90 gram:

= (Berat Emas) X (Harga Emas Semasa) X (2.5%) =

= (90 gram) X (RM250) X (2.5%)

= RM562.50 (Jumlah yang wajib dibayar)

  • Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi ‘uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Penggunaan ‘uruf ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar ’uruf yang digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak 250 gram.

Contoh kiraan sekiranya mempunyai emas perhiasan seberat 258 gram:

= (Berat Emas) X (Harga Emas Semasa) X (2.5%) =

= (258 gram) X (RM250) X (2.5%)

= RM1,612.00 (Jumlah yang wajib dibayar)

Emas dikira kesemuanya sekali, tidak diambil lebihan daripada ‘uruf yang ditetapkan.

Hanya berat/harga emas dikira untuk pengiraan zakat tanpa mengambil kira batu-batu permata, berlian, delima, zamrud dan lain-lain.

PERAK

Wajib zakat pada perak lima auqiyah. [satu auqiyah=40 dirham. (5 x 40 = 200 dirham)].
Ijma’ ulama’ telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist