Zakat Pertanian

Zakat Pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh orang Islam sama ada dalam bentuk biji-bijian atau buah-buahan dengan syarat-syarat tertentu. Bagi negeri Pulau Pinang, tanaman utama yang menjadi makanan asasi penduduknya ialah padi. Sifat khusus yang membezakan zakat pertanian dengan zakat-zakat yang lain ialah zakat pertanian merupakan zakat atas hasil sahaja, sedangkan zakat-zakat lain merupakan zakat atas hasil dan modal sekali.

 

Dalil Wajib Zakat Pertanian

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu…” (surah Al-Baqarah : 267)

 

ZAKAT TANAMAN (PADI)

Syarat wajib bagi zakat pertanian ialah :-

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna Milik
  4. Cukup nisab
  5. Tanaman tersebut adalah makanan asasi yang tahan disimpan lama.
  6. Tanaman tersebut adalah hasil usaha manusia dan bukannya tumbuh sendiri seperti tumbuh liar, dihanyutkan air dan sebagainya.

 

Kaedah Pengiraan

Pengiraan zakat pertanian (padi) adalah tertakluk ke atas harga jualan padi, setelah ditolak kos yang dibenarkan. Jika nilai jualan padi pada musim pertama kurang dari nisab, maka hendaklah dicampurkan ke musim kedua di dalam tahun yang sama.

Nisab
363 gantang / 1,200 kilogram / 1.2 tan bersamaan dengan nilai RM1,200.00

 

Kadar zakat

10% ke atas nilai bersih selepas ditolak kos yang dibenarkan seperti kos baja/racun, sewa, upah kerja dan pengangkutan. Penentuan ukuran nisab adalah selepas tolakan kos (sekiranya harga padi selepas ditolak kos operasi kurang dari RM1,200.00, maka zakat tidak diwajibkan)

 

Subsidi
Subsidi padi dikira sebagai harta perolehan (Al-Mal Al-Mustafad) oleh itu ianya termasuk di dalam pengiraan zakat dengan kadar 2.5% (atas nilai keseluruhan harga subsidi padi).

 

Contoh Pengiraan

Seorang petani mendapat hasil jualan sebanyak RM1,600.00 semusim, manakala subsidi sebanyak RM700

Harga jualan padi RM1,600.00

Anggaran tolakan kos :

  1. Kos baja/racun                                    250.00
  2. Sewa                                                   200.00
  3. Upah tenaga kerja/tuaian(mesin)        350.00
  4. Pengangkutan (lori)                               50.00

Jumlah tolakan:                                     RM850.00

Baki (RM1,600.00 – RM850.00):     RM750.00

 

Kadar zakat ke atas tanaman (padi):

RM750.00 X 10% = RM75.00

Kadar zakat ke atas harga subsidi:

RM700.00 X 2.5% = RM17.50

Jumlah perlu bayar zakat:

RM75.00 + RM17.50 = RM92.50

  • Nota : Jumlah anggaran tolakan di atas tidak ditetapkan kos (Tertakluk kepada cara dan kaedah penggunaan masing-masing)

 

Contoh Pengiraan (Dua Musim)

Musim Pertama 2005:

Nilai jualan = RM400 (kurang dari nisab)

Musim Kedua 2005:

Nilai jualan = RM450 (kurang dari nisab)

Maka, RM400 + RM450 = RM850 (lebih dari nisab)

Jumlah perlu bayar zakat: RM850 x 10% = RM85

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist