Zakat Wang Simpanan

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

KAEDAH KIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN

  1. Simpanan Tetap
    Bagi pengiraan zakat simpanan ini, hendaklah dipastikan wang simpanan itu telah melebihi nisab bagi tahun berkenaan dan simpanan tersebut hendaklah mencukupi setahun Qamariah (354 hari). Maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
  2. Simpanan Biasa
    Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah dan berakhir haul bagi simpanan tersebut.
  3. Simpanan dalam satu akaun
    Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
  4. Simpanan dalam beberapa akaun

Untuk menentukan baki terendah, semua akaun simpanan tersebut perlu disatukan. Biarpun pendeposit mempunyai pelbagai akaun simpanan, tetapi pada hakikatnya pendeposit mempunyai satu simpanan sahaja.

Jika simpanan dalam salah satu akaun sudah mencukupi atau melebihi nisab (nilai 85 gram emas), maka simpanan di dalam buku-buku lain, walaupun kurang dari nisab, wajib dikenakan zakat. Termasuk juga simpanan di dalam rumah atau di dalam tabung sendiri.

CONTOH PENGIRAAN KAEDAH BAKI TERENDAH:

Baki Simpanan dalam 1 akaun bagi tahun berkenaan yang paling TERENDAH (mesti melebih nisab & cukup haul) berjumlah RM20,500.00, maka pengiraan adalah seperti berikut :

RM20,500.00 x 2.5% = RM512.50

Zakat hanya dibayar setahun sekali. Jika pemilikan kita berterusan, zakat simpanan wajib dkeluarkan untuk tahun berikutnya.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist